Friday, 11 January 2019
Berkeping kepingan
Assalamualaikum....
Aku tidak la semulia, selembut Siti Khadijah
Tidak juga setaqwa Aisyah
Mahu pown setabah, sesabar Fatimah Az-Zahra
Atau juga sekaya Balqis, Sesuci Maryam
Dan juga tidak secantik Zulaikhah
Aku hanya aku wanita akhir zaman yang banyak kesilapan...
yang banyak melakukan dosa dan juga yang banyak kekhilafan dalam diri...
Aku wanita dari kaum hawa yang perlukan dorongan dan kasih sayang dari
Seorang lelaki dari kaum adam.... untuk terus hidup dalam rahmat Allah S.w.t dan dalam berkat -Nya.
Aku wanita akhir zaman yang selalu berdosa pada penciptaku dan pada imamku,
Wahai Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, hadirkan la secubit rasa dalam diri kami untuk
Terus mencari keberkatan hidup, izin kan kami kekal dalam Nur mu Ya Allah Ya Tuhanku...
Jika langkahku terhenti disini, izinkan ku pergi dalam dakapanmu,
Dakapan yang penuh rasa keimanan dalam diri dan juga dalam syahidmu......
Teruskan melangkah kehadapan, jangan toleh kebelakang andai dibelakangmu
hanya penuh dengan derita..... teruskan langkahmu dengan senyuman....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment