Thursday, 22 March 2012

The Vow

The vow : Filem Romantik Hilang Ingatan yang Tragik





Mula-mula ingatkan ni cam idea biasa je la kan pasal orang hilang ingatan, seperti yang kita pernah tengok dalam 50 First Dates or Seribu Kali Cinta. Tapi mungkin produksi yang buat filem ni agak bijak kerana dia membawa satu persoalan lain yang mampu membuatkan hidup kita sengsara betul kalau hilang ingatan.
Ok, bayangkan pasangan korang sekarang ni sebenarnya 3 tahun lalu sangat membenci korang, ala2 Ali Setan la kiranya. Dan dia juga 3 tahun lepas sudahpun bertunang dengan lelaki pilihan keluarga. Then something happen, dia lari dari perkahwinan dan kahwin dengan korang. Tapi satu hari dia eksiden, dan ingatan dia untuk 3 tahun tu hilang. Dia lupa kenapa dia lari or rebel, lupa kenapa dia suka kat korang and then decide nak pergi kat extunang dia dan kahwin. Apekah perasaan korang selaku husband ketika itu? Wahaha..

Tak cukup menarik? 

Sinopsis
Oh,cam panjang pulak…anyway, The Vow mengisahkan pasangan baru berkahwin Leo dan Paige yang kemalangan. Paige hilang ingatan dan last memory dia ialah dia baru nak masuk kolej. Apa yang menarik, Paige merupakan orang yang lari dari perkahwinan dan berkahwin tanpa pengetahuan parent. So, hospital call parent. Parent yang sedar Paige hilang ingatan dan mengambil kesempatan untuk mengatur hidup Paige seperti yang mereka mahu!! Iaitu hantar ke law school dan kahwin dengan lelaki pilihan mereka (ex-tunang Paige gak).
So, apakah perasaan Leo? Lagi tragis sebab Paige memang tak ingat kenapa dia tinggalkan parent dia, dan kenapa dia refuse nak pergi Law School, kenapa dia kahwin dengan Leo. So, dia turutkan saja apa parent dia cakap. Jadi apakah Leo nak buat untuk kembalikan ingatan Paige? Silalah nonton The Vow ok..


Ok, walaupun saya cam puji je cerita ini, tapi tidak dinafikan idea pasangan hilang ingatan ni cam agak klise uh, boring sket. Standard cerita2 yang jiwang. So, xde la superb sangat. By the end of this year, orang akan terlupa cerita ni..haha..
Tapi orang putih ni kalau berlakon memang feeling. Sangat terasa la betapa romantiknya dan betapa sweetnya cinta Leo dan Paige itu. So, kalau nak menyegar-bugarkan hubungan tu, boleh la menonton filem ini bersama pasangan. Credit to Channing Tatum dan Rachel McAdams kerana lakonan diorang yang best.

Apa yang anda patut kagum dengan cerita ni, ia adalah berdasarkan kisah benar. At the end of filem ni dia akan tunjuk. So, saya cam kagum jup la. Dan ending dia juga bukan klise, kerana at the end of filem ni pun perempuan tu masih tak dapat regain memory dia…ow yeahhh..
Erk, lagi satu dalam filem ni katanya tontonan umum, tapi sebenarnya sangat la bukan umum. Memang yang lelaki tahap nampak jelas bahagian belakang dia sambil dia berjalan begitu sahaja. Juga adegan diorang bermesra2…so, ini jelas sekali bukan Umum ye…
Adegan paling menarik sekali pada saya adalah time Paige tu pergi ke office ex-tunang dia dan pergi ber’mesra’ plak dekat situ. Pergh, time tu terasa ditikam2 la hati Leo tu bila dia dapat tahu. Nak salahkan Paige pun xboleh sebab dia hilang ingatan, dan last memory Paige adalah dia madly in love dengan ex-tunang dia…hoho..menarik x?

Ok, so kesimpulan dia saya boleh kata filem ni adalah filem romantic habis yang anda boleh tonton untuk menyegar-bugarkan hubungan cinta dan kasih sayang la katanya kan. Orang yang minat filem aksi or fiksyen or idea2 unik sila jangan buang masa tonton filem romantic, tentu anda akan cam euwww sebab ia sangat jiwang..haha.. :)

 >>  saya?? hehehe saya nak tengok ari ahad nie dengan baby bumm insyaallah :) 
saya hampir2 terlupe pasal movie the vow nie actually, but nasib baik baby bum ingtkan :) jom follow....  
knp baru nak tngk??laa.... xtahu ker?? dekat malaysia ditayangkan pd 22 march lah... bkn bln february :))
selamat menonton :))) 





1 comment:

  1. jom tengok jangan lupa belanje spaghetti carbonara sekali tau.

    ReplyDelete